Covid-19: Polis Sepanyol guna drone untuk halau orang ramai pulang ke rumah

1746

Dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di seluruh dunia, penguatkuasa telah dikerahkan untuk mengawal orang ramai dari keluar sesuka hati di tempat awam. Ini kerana masih ramai yang keluar seperti tiada apa yang berlaku.

Salah satu cara yang akan menarik ialah oleh penguatkuasa Sepanyol, dimana mereka menggunakan drone yang dipasang alat pembesar suara untuk mencari dan menengking orang ramai yang masih berada di jalanan awam.



Rakyat Sepanyol telah berada dalam lockdown sejak Sabtu (14 Mac), jadi ini sahaja caranya untuk mengelakkan orang ramai dari terus meningkatkan statistic Covid-19 negara itu. Langkah “flatten the curve” menyebabkan hospital mula melebih kapasiti masing-masing dan lebih ramai terkorban jika orang ramai tidak memberikan kerjasama.

Mungkin pihak PDRM negara kita belum sampai ke tahap itu kerana ATM baru sahaja dihantar untuk membantu operasi sejak semalam (Ahad, 22 Mac). Jika keadaan tidak berubah atau semakin meruncing, mungkin penguatkuasa negara kita juga akan menggunakan langkah kawalan lain seperti drone ini.

Sama-samalah kita bekerja-sama dengan arahan kerajaan dan penguatkuasa untuk membendung krisis Covid-19 ini dan negara kita kembali pulih seperti sedia kala.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here