5 langkah pencegahan mudah bebaskan kenderaan dari virus Covid-19

1663

Virus Corona (Covid-19) semakin merebak di seluruh dunia. Langkah pencegahan mudah boleh dilakukan secepat mungkin bukan sahaja pada diri anda, tetapi juga pada keadaan sekeliling. 

Langkah pencegahan juga boleh dilakukan oleh para pemandu kepada kenderaan terutamanya selepas ia digunakan. Berikut merupakan 5 cara mudah untuk bebaskan kenderaan dari ancaman Covid-19.



1. Disiplin kebersihan diri

Cara pertama adalah dengan membersihkan diri secara kerap, terutamanya membasuh tangan. Oleh itu, para pemandu mesti sentiasa mencuci tangan sebelum dan selepas menggunakan kenderaan.

Jangan lupa untuk batuk dan bersin mengikut etika. Tutup mulut dan hidung anda seperti menggunakan tisu. Kemudian buang tisu ke dalam tempat yang sesuai.

2. Bersihkan kabin kereta

Penyebaran virus Corona bukan hanya mempunyai contact secara terus dengan pesakit, tetapi juga dari barang-barang yang terdedah kepada virus tersebut.

Untuk itu, bersihkan dulu ruangan kabin dengan vakum. Ini kerana proses pembasmian kuman akan berkesan jika permukaan kabin kenderaan bebas daripada kotoran dan debu.

3. Pembasmian kuman di ruangan kabin

Setelah proses pembersihan ruangan kabin selesai, langkah seterusnya adalah proses pembasmian kuman di ruangan kabin kenderaan. Mulakan dengan permukaan yang sering disentuh seperti stereng, tali pinggang keledar, tombol gear, pemegang pintu, papan pemuka, dan bahagian lain.

langkah pencegahan

Walau bagaimanapun, pemilihan cecair pembasmi kuman perlu dipilih dengan baik. Pilih cecair yang tidak akan merosakkan bahan atau bahagian elektronik yang berada di ruangan kabin.

Apabila melakukan proses pembasmian kuman, lakukan secara perlahan-lahan. Elakkan dari merosakkan bahagian elektronik lain yang terdapat di ruangan kabin. Sekiranya terdapat tempat yang sukar dicapai, anda juga boleh menyemburkannya dengan cecair disinfeksi. 

4. Bersihkan bahagian penghawa dingin

Bahagian ini sangat penting untuk dibersihkan kerana fungsinya yang menyediakan udara segar ke ruangan kabin. Para pemandu boleh melakukan pembersihan dengan menggunakan perkhidmatan profesional atau secara sendiri.

langkah pencegahan

Sekiranya dilakukan secara sendiri, gunakan produk yang dipercayai dan yang sering digunakan. Kemudian semburkan cecair pembersih penghawa dingin ke semua ruangan  yang ada.

5. Social Distancing

Pihak kerajaan di semua negara telah mengarahkan untuk setiap individu menjaga jarak minimum 1 meter diantara satu sama lain. Oleh itu, ketika mengisi minyak, elakkan diri anda terlalu dekat orang lain walaupun pekerja stesen minyak itu sendiri. 

langkah pencegahan

Para pemandu juga disarankan untuk mengelakkan dari meminjamkan kenderaan kepada orang lain. Ini kerana, jika diberi pinjam, terdapat kemungkinan peminjam itu tidak menjaga kebersihan dan juga kenderaan anda mungkin terdedah kepada Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here