Volkswagen hasil ventilator dengan teknologi cetakan 3D untuk bantu perangi Covid-19

1239

Pengeluar kereta dari Jerman, Volkswagen turut bergabung dengan jenama pengeluar lain di seluruh dunia untuk menghasilkan ventilator dan alatan perubatan yang lain dengan menggunakan teknologi cetakan 3D.

Volkswagen ventilatorHal ini dilakukan untuk memerangi penularan virus Corona yang sudah tersebar ke seluruh dunia.

Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia telah meminta syarikat pengeluar kereta termasuk Ford, General Motors, Ferrari dan Nissan untuk meningkatkan pengeluaran ventilator serta peralatan perubatan lain yang tidak cukup untuk merawat penyakit yang berjangkit dengan cepat ini.



Dalam satu kenyataan, Volkswagen berkata mereka sudah menyediakan pasukan petugas khas, yang sedang menguji bahan dan memeriksa rantaian bekalan untuk melihat bagaimana mereka boleh menggunakan cetakan 3D untuk membantu mengeluarkan ventilator dan peralatan perubatan yang lain kepada hospital.

“Peralatan perubatan adalah bidang baru untuk kami. Tetapi sebaik sahaja kami memahami keperluan, dan menerima pelan tindakan, kami boleh memulakannya, “kata Volkswagen.

Seorang jurucakap berkata Volkswagen dan syarikat dari pelbagai jenama yang mana mempunyai lebih daripada 125 pencetak 3D, berhubung rapat dengan pihak kerajaan dan pihak berkuasa lain untuk menilai keperluan yang diperlukan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here