Penangguhan bayaran hingga 6 bulan untuk mereka yang terjejas krisis Covid-19

2197

Sektor perbankan di Malaysia telah bersama-sama menawarkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas akibat krisis Covid-19.

Kementerian Kewangan berkata, pelbagai bantuan kewangan, kemdahan pinjaman, penstrukturan semula dan moratorium (penangguhan bayaran) diberi kepada perniagaan kecil dan sederhana (SME). Bantuan-bantuan ini juga boleh diberikan kepada individu perseorangan.

“Selain dari bantuan kepada SME untuk meneruskan operasi mereka, melindungi pekerjaan dan menggalakkan pelaburan domestik, bank-bank tempatan juga mengambil langkah menyokong individu dan SME,” katanya.



RHB Bank

RHB Bank dan RHB Islamic Bank berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka akan terus menawarkan bantuan kewangan melalui program relief kewangan kepada pelanggan mereka yang terjejas oleh Covid-19.

Ia ditawarkan melalui moratorium sehingga 6 bulan untuk pembayaran semula pinjaman bulanan, atau penstrukturan semula dan penjadualan semula (restructuring and rescheduling atau R&R) untuk pinjaman dan pembiayaan.

AmBank Group

Sementara itu, AmBank Group berkata ia boleh menawarkan penangguhan semula pembayaran buat sementara waktu untuk pelanggan terjejas. Ini termasuklah kepada perniagaan dan individu.

“Sejajar dengan bantuan ini, AmBank kini giat berhubung dengan pelanggan melalui pengurus perhubungan kami untuk memanjangkan bil mereka.

“AmBank telah mewujudkansatu proses mudah untuk mereka memohon kemudahan ini dengan kelulusan diberikan dalam tempoh 24 jam dan bayaran dipulangkan dalam tempoh 5 hari selepas kelulusan. Kami juga berusaha untuk mengurangkan tempoh masa pemulangan bayaran ini.”

AmBank juga menawarkan kemudahan khas sehinggan RM1 juta untuk SME yang terjejas.

Maybank

Maybank berkata ia juga telah memperkenalkan moratorium sehingga 6 bulan kepada pelaggannya dan ini juga termasuk dengan kemudahan penstrukturan semula serta penyusunan semula pembayaran.

Bernama melaporkan Presiden dan CEO Maybank, Ahmad Zaini berkata pihaknya menawarkan bantuan itu kepada klien peruncit, korporat dan SME yang terjejas oleh Covid-19.

Pelanggan yang terjejas akan ditawarkan moratorium 6 bulan atau penangguhan bayaran bulanan, mereka juga boleh memilih untuk penstrukturan atau penjadualan semula pembiayaan mereka.

Affin Bank

Sementara itu, Affin Bank dan Affin Islamic Bank juga akan menawarkan bantuan kewangan sama kepada pelanggan-pelanggan mereka.

“Kami komited untuk terus menyokong pelanggan kami dengan menjadi rakan perbankan pilihan mereka dengan memberi kelegaan kepada mereka di saat sukar ini,” kata CEO Affin Bank Grop, Kamarul Ariffin Mohd Jamil.

Public Bank

Public Bank dan Public Islamic Bank berkata syarikatnya akan beroperasi seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Walaubagaimanapun, bank itu menawarkan moratorium segera sehingga 6 bulan untuk bantuan bayaran bulanan pinjaman serta pembiayaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here