Panasonic hentikan pengeluaran sel bateri kereta elektrik Tesla

1553

Panasonic Corp berkata mereka akan menghentikan pengeluaran sel bateri buat sementara waktu kepada syarikat Tesla Inc, berikutan penularan Covid-19 yang semakin meluas.

Syarikat elektronik dari Jepun itu, yang membekalkan sel bateri kepada kenderaan elektrik Tesla, akan mengurangkan operasi di Gigafactory selama 14 hari, kata Panasonic dalam satu kenyataan.



Jurucakap Panasonic menolak untuk memberi komen yang lebih lanjut berkenaan bagaimana penghentian pengeluaran sel bateri ini akan memberi kesan kepada Tesla, yang menghasilkan pek bateri menggunakan sel Panasonic pada kilang yang terdapat di Nevada.

Tesla sebelum ini pernah menyatakan akan meneruskan operasi kilang bateri yang terdapat di Nevada, sementera mereka akan menutup operasi kilang San Francisco Bay Area pada 24 Mac.

Panasonic Tesla
Tesla Gigafactory di Nevada, Amerika Syarikat

Panasonic berkata pekerja kilang di Nevada yang terjejas oleh penutupan operasi itu akan menerima gaji penuh dan faedah untuk sepanjang tempoh penutupan. Semasa penutupan, kilang tersebut akan menjalani proses pembersihan secara intensif, katanya dalam satu kenyataan.

TechCrunch, yang pertama kali melaporkan rancangan penutupan kilang tersebut, berkata Panasonic mempunyai kira-kira 3,500 pekerja di kilang yang terdapat di Nevada.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here