Pengeluaran 1.44 juta unit kenderaan terhenti susulan penutupan kilang di Eropah dan Amerika

1919

Virus Corona telah menjejaskan banyak industri automotif. Berdasarkan dari IHS Markit, kira-kira 1.44 juta proses pengeluaran kenderaan telah terhenti disebabkan penutupan kilang di Eropah, Amerika Utara dan Amerika Latin.

pengeluaran kenderaan

Banyak syarikat pengeluar kenderaan di seluruh dunia telah mengumumkan rancangan mereka untuk menghentikan sementara pengeluaran kenderaan dan memberi fokus kepada proses disinfeksi dan pembersihan. Mereka juga risau jika hal ini berlarutan dalam tempoh yang lama akan memberi kerugian besar kepada syarikat.



Penghentian operasi kilang akan mengurangkan pengeluaran kenderaan di Eropah sebanyak 880,000 unit, dimana operasi kilang juga ditutup selama 13 hari, kata IHS Markit.

Pengeluaran kereta di Amerika Utara kemungkinan akan dikurangkan sebanyak 478,000 unit, sementara pengeluaran di Brazil dan Argentina dijangka akan terjejas sebanyak 80,000 unit.

“Walaupun pengeluaran hanya terhenti untuk tempoh masa yang diumumkan, fasa pemasangan yang seterusnya akan memberi kesan,” kata Henner Lehne, naib presiden, kumpulan kenderaan global, IHS Markit.

Berdasarkan rekod, IHS Markit  telah merekodkan bahawa sekitar 89 juta kenderaan ringan dihasilkan di seluruh dunia pada tahun 2019.  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here