Formula 1 batal: Pemandu akan berlumba secara maya dalam E-sport

1220

Formula 1 telah melancarkan siri F1 Esports Virtual Grand Prix yang membawakan sekumpulan pemandu F1 semasa.

Siri ini dibuat untuk membolehkan peminat terus menonton perlumbaan F1 secara maya walaupun dengan situasi Covid-19 yang telah memberi kesan kepada kalendar perlumbaan tahun ini.tyo



Perlumbaan-perlumbaan maya itu akan dijalankan di setiap Grand Prix yang ditunda, bermula semalam (22 Mac) dengan Virtual Bahrain Grand Prix. Setiap hujung minggu berikutnya akan membawakan perlumbaan sebenar yang telah ditunda, dan aturan ini dijadualkan akan berjalan hingga Mei.

Dalam memastikan setiap pemandu selamat dan mematuhi etika kesihatan Covid-19, setiap daripada mereka akan menyertai perlumbaan secara berasingan atau jarak antara satu sama lain. Perlumbaan itu akan disiarkan secara langsung dari Gfinity Esports Arena dari 8.00 malam (GMT).

Siri itu akan menggunakan perisian F1 2019 PC, dibangunkan oleh Codemasters, dan perlumbaan GP maya pertama di litar Sakhir itu akan mempunyai 28 pusingan, iaitu separuh dari perlumbaan sebenar.

Siaran langsung itu pula boleh ditonton di siaran YouTube rasmi Formula 1, Twitch dan juga laman Facebook, selain di F1.com. Ia dijangkan berlangsung selama 1 jam 30 minit, dengan pusingan kelayakan terpantas akan menentukan petak permulaan (sama seperti perlumbaan sebenar).

Disebabkan perbezaan kemahiran dalam permainan video di kalangan pemandu, tetapan permainan itu akan dikonfigurasi agar ia adil dan menghiburkan.

Ini termasuklah tetapan yang sama untuk semua kereta, tahap kerosakan dikurangkan, dan pilihan brek ABS dan Traction Control untuk pemandu yang tidak begitu biasa dengan permainan itu.

Pada masa anda baca artikel ini, mungkin perlumbaan telahpun berlangsung. Nantikan laporan keputusannya yang akan menyusul.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here