Perintah Kawalan Pergerakan: Tentera akan bantu polis mulai esok (22 Mac)

1937

Kerajaan telah mengambil keputusan untuk membenarkan pihak tentera mulai esok (Ahad, 22 Mac) membantu polis dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakbo.

Dia berkata demikian di satu sidang media pada Jumaat (19 Mac) bahawa dia berharap kerajaan dapat mengawal keadaan dengan lebih baik dengan bantuan tentera.



“Kami percaya dengan bantuan tentera, penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan akan dapat dijalankan dengan kebih baik,” katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19.

Ismail Sabri berkata tentera akan membantu polis mengawal situasi dan memastikan orang ramai duduk di rumah.

Dia berkata rata-rata orang ramai patuh dengan arahan, namun masih terdapat mereka yang ingkar dengan bersukan di luar, pergi ke taman permainan dan makan di premis luar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here