PDRM dan ATM pantau Perintah Kawalan Pergerakan gunakan dron [+video]

2691

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula menggunakan dron bagi mengawal dan memantau pergerakan rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadual sehingga 31 Mac depan.

Perintah Kawalan Pergerakan

Majlis ringkas pelancaran penggunaan dron telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.



Menurut Ketua Unit Dron PDRM, Superintendan Rasha Azaldin Shafii, sebanyak dua unit dron model Mavic 2 Enterprise dual dan zoom kepunyaan PGU digunakan dalam operasi bersepadu bersama ATM kali ini.

“Kedua-dua dron ini berupaya memberikan siren amaran dan nasihat kepada masyarakat untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dalam tiga jenis bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil,” ujar beliau.

Manakala ATM pula turut menggunakan model yang sama dengan penambahan sebuah lagi model terkini iaitu DJI Matrice 210.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here