[Video] Tular aksi seorang penunggang motosikal dikejar polis

249

Tindakan seorang penunggang motosikal yang tular melarikan diri ketika dikejar polis di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar, Sabak Bernam kelmarin mengundang padah apabila dicekup polis.

Kejadian antara jam 11.30 pagi hingga 12 tengah hari itu melibatkan lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, siasatan dijalankan selepas tular video memaparkan suspek menunggang secara berbahaya dan dikejar kereta peronda polis.

“Justeru, kita kemudian bertindak menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan dengan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

“Semakan mendapati suspek memiliki lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah serta masih dikehendaki polis melibatkan kesalahan jenayah komersial,” katanya. 

Jom Baca:   Pengedar Kawasaki buka tempahan Ninja 250, bakal lancar tak lama lagi?

Beliau menambah, polis turut merampas motosikal yang ditunggangnya dan didapati tiada sebarang rekod senarai hitam.

Agus Salim menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam dan  Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu serta Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan penunggang motosikal itu membuat pusingan U secara berbahaya dan memecut di persimpangan berkenaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here