Rider marah pelanggan buat pesanan waktu hujan

682

Sebelum ini, ada pelanggan yang serba salah ingin membuat pesanan makanan online ketika hujan bimbang menyusahkan rider p-hailing.

Bagaimanapun, isu berkenaan pernah diutarakan yang mana ada dalam kalangan rider tidak kisah jika menerima pesanan ketika musim hujan.



Namun, lain pula yang berlaku apabila seorang pelanggan wanita berkongsi kisah yang berlaku pada dirinya di grup Facebook B40 Buat Perangai Harini.

Dia menjelaskan penghantar makanan marah apabila membuat pesanan ketika hujan. Namun, wanita berkenaan menegaskan pesanan dibuat ketika cuaca masih baik.

“Dah sampai dia cakap pada aku lain kali time hujan jangan order makanan menyusahkan riderje.

“Sebelum kau jadi rider, kau kena terima semua benda. baru kau akan berjaya. Ini kau bargain dengan rezeki, tak padan dengan mindset B40, patut lah tak akan berjaya,” tulisnya. 

Perkongsian itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen yang menanggap seharusnya rider berkenaan perlu bersyukur kerana masih ada rezeki walaupun ketika hujan.

“Rider b40 la tu. Apa-apa yg buruk dan menyusahkan semua b40.”

“La …..if kalau x mau hantar x yah ambik order tux boleh ke.”

“Kalau betul report ja, susah sgt jenis rider tangga tak leh naik hujan tak leh hantar.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here