BSH rasmi lancar Honda Vario 160, harga bermula RM10K

2407

Boon Siew Honda memperluaskan lagi barisan skuternya dengan memperkenalkan Honda Vario 160.

Sebenarnya kehadiran Vario 160 itu sudah pun dihidu netizen negara ini selepas ia dipamerkan sempena acara MotoGP Malaysia 2022 baru-baru ini.

Honda Vario 160 dilengkapi dengan inovasi terbaru termasuk enjin, kerangka, rekaan serta ciri yang dipertingkatkan.



Dari segi harganya, ia lebih mahal hampir RM2,500 berbanding Vario 150cc. Adakah model ini mampu bersaing dengan model skuter dari Yamaha.

Ini spesifikasi Honda Vario 160 yang anda perlu tahu:

  • Honda Vario 160 tampil dengan ciri lebih segar dengan sistem pencahayaan semua lampu LED, meter digital yang menyalurkan pelbagai maklumat termasuk jam digital, tahap penggunaan minyak dan penunjuk ABS.
  • Hadir dengan slot USB Type A, selain di bawah tempat duduk mempunyai ruang penyimpan berkapasiti 18 liter.
  • Kerangka baharu pada Honda Vario 160 adalah lebih ringan, kuat dan lasak untuk memberi pengendalian lebih baik
  • Kini menggunakan enjin generasi baharu berseseran 157cc yang menyalurkan output 15hp dengan tork setinggi 13.8Nm.
  • Enjin itu dipertingkatkan dengan ciri teknologi Smart Power Plus (eSP+) yang berkeupayaan mampu menjimatkan minyak serta kurang geseran enjin. 
  • Ciri baharu yang ada pada Honda Vario 160 kini didatangkan sistem Kunci Pintar Honda dengan penggera yang boleh mengesan lokasi motosikal berkenaan.
  • Kedua-dua rim hadapan dan belakang baharu bersaiz 14 inci yang masing-masing dibaluti tayar lebih lebar bersaiz 100/80 serta 120/70.
  • Keselamatannya pula, jentera ini dilengkapi sistem ABS di hadapan, manakala brek cakera di belakang.
  • Ada empat warna merah, biru dan perak, tetapi edisi hitam hanya berada di pasaran pada Februari 2023.

Baca juga >> ‘Test market’ pemilik tawar Honda EX5 Thailook RM5k

Baca juga >> Suzuki Raider R 150Fi vs Honda Sonic 150R, mana satu yang ‘ngam’!

Harganya pula berbeza mengikut warna:

  • Merah, biru dan perak – RM9,998
  • Hitam – RM10,298

Galeri Gambar

1 KOMEN

  1. Jika ia menggunakan frame yg sama, maka ia tiada beza nya dgn vario lama… Pendek dan kurang selesa kedudukan pemanduan! Tak berbaloi buang 10k..!?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here