
KTM India memperkenalkan dua warna baharu untuk jentera sportsbike KTM RC 160 (2026) yang telah dilancarkan awal tahun ini.
Dua warna baharu yang dimaksudkan ialah Electronic Orange Matte dan Ceramic White Matte.
Pada asalnya, KTM RC 160 hanya ditawarkan dalam warna asas hitam/jingga sahaja.
Ia dijual pada harga Rs 1.85 lakh (RM7,931).
Jentera ini dikuasakan oleh enjin 164.2cc silinder tunggal sejukan cecair menghasilkan 18.73 bhp dan 15.5 Nm.
Antara ciri menarik pada RC 160 termasuk:
- Fork depan USD 37mm
- Cakera brek depan 320mm
- ABS dua saluran
- Mod Supermoto
- Kotak gear 6 kelajuan
- Tangki 13.75L
- Slipper clutch
- Handlebar clip-on
- Lampu LED
- Kluster instrumen LCD dengan Bluetooth dan navigasi
Sayang sekali, tiada fungsi quickshifter disertakan pada model KTM RC 160 ini.

































