Covid-19: Acara Covid Custom Motorcycle Show akan diadakan secara dalam talian

1532

Pandemik Covid-19 telah memberi impak besar di semua sektor termasuk dunia motosikal kustom. Banyak acara motosikal kustom terpaksa ditunda sehingga suatu tarikh yang tidak dapat dijangka.

Covid Custom Motorcycle Show

Namun, krisis ini tidak menghalang sebilangan peminatnya daripada mengadakan pertandingan secara dalam talian yang diberi nama Covid Custom Motorcycle Show.



Acara ini dihakimi oleh beberapa nama besar dalam dunia motosikal kustom seperti Charley Boorman, Bobby Haas, Craig Rodsmith, Anthony Partridge, David Chang, dan Mark Hawwa.

Charley Boorman

Terdapat beberapa kategori dalam acara ini iaitu cafe racer, bobber, chopper, modern modern, scrambler/tracker dan Artwork (motoart, design, tattoo).

Covid Custom Motorcycle Show juga menawarkan hadiah bernilai USD3,000 (RM12,892) untuk setiap kategori.  

Jumlah hadiah tersebut terbahagi kepada beberapa bentuk seperti:

  • Saint Apparel bernilai USD1,000 (RM4,298)
  • Wang tunai sebanyak USD500 (RM2,149)
  • Topi keledar jenama Bell
  • Penutup mata untuk acara motorcross
  • Baucer Motogadjet bernilai USD200 (RM860)
  • Baucer Lowbrow Customs bernilai USD250 (RM1,075)
  • Beg Velomacchi 35L Giro
  • Baucer Quadlock Case bernilai USD100 (RM430)

Sekiranya anda ingin mengambil bahagian dalam acara ini, sila layari https://www.pipeburn.com/covid-entry/#.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here