PKP: Pergerakan dari kampung ke bandar akan bermula pada 7 hingga 10 Mei

2071

Sebelum ini, orang ramai yang berada di kampung dan ingin melakukan pergerakan kembali ke bandar diminta untuk melaporkan kepada pihak polis melalui dalam talian iaitu menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau balai berdekatan mulai 25 April 2020. kampung ke bandar

Permohonan tersebut juga merangkumi beberapa aspek seperti maklumat diri, lokasi terkini, tempat yang mahu dituju dan jumlah keluarga bagi melihat pergerakan tersebut daripada kawasan atau .

Kini, setelah dikaji dengan teliti oleh pihak kerajaan, pergerakan dari kampung untuk pulang ke bandar melalui permohonan tersebut akan dibuat bermula dari 7 hingga 10 Mei ini.



Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan jadual pergerakan bagi memastikan kelancaran perjalanan berkenaan.

Sehingga kini, katanya, PDRM sudah menerima kira-kira 500,000 permohonan untuk pulang bekerja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here