Covid-19: Menteri Kewangan sarankan institusi kewangan lupuskan kadar faedah terakru

1215

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menyarankan semua institusi kewangan khususnya yang terbabit dalam moratorium untuk mempertimbang bagi lupuskan kadar faedah terakru (bagi pinjaman sewa beli) atau keuntungan (bagi pembiayaan Islam berkadar tetap) sepanjang tempoh enam bulan skim tersebut.

lupuskan kadar faedah terakru Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Kewangan sedia bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan untuk lupuskan kadar faedah terakru tersebut.

Kenyataan beliau itu dibuat berikutan timbulnya kekeliruan umum mengenai kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh institusi kewangan.



Susulan itu, pihak BNM pada 1 Mei, 2020 menerusi laman sesawangnya menyiarkan kenyataan ‘Soalan Lazim (FAQs) Mengenai Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap‘ yang sudah dikemaskini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Tengku Zafrul menjelaskan mengikut Akta Bank Negara 2009, isu mengenai moratorium berada di bawah bidang kuasa BNM dan bank pusat itu juga sudah mengadakan sidang media untuk menjelaskan kekeliruan yang dihadapi peminjam.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini, media massa dan netizen banyak menimbulkan persoalan mengenai isu ini. Untuk makluman, memang terdapat bank yang menawarkan moratorium pinjaman tanpa mengenakan faedah terakru atau faedah dikompaun atas pinjaman.

Katanya, namun, ia tidaklah merangkumi semua produk pinjaman, setiap bank pula ambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium.

Sehubungan itu, katanya Kementerian Kewangan sudah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut ini melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.

Malah, tegas beliau, kerajaan sentiasa peka terhadap cetusan hati nurani rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40 serta mengambil berat mengenai perkara itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here