#Prihatin: Golongan B40, M40 dan bujang, dapat pemberian tunai ‘one-off’ oleh kerajaan

1490

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebanyak RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion memperkukuhkan ekonomi negara.

“Semua itu tambahan kepada RM20 bilion yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini.

Berikut adalah tiga peringkat dan saluran bayaran:

  1. Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah;
  2. Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan;
  3. Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Pembayaran tunai itu, dibuat secara berperingkat yang mana pertama pada April dan selebihnya pada Mei.

 

 

2 KOMEN

  1. Assalam. Bagaimanakah mekanisme kerajaan salurkan bantuan ini kepada rakyat? Dan adakah ia secara automatik maduk dlm akaun atau perlu buat permohonan?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here