PKP: PDRM guna dron yang mampu kesan suhu badan penduduk

1308

Dua buah dron yang digunakan untuk membuat pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kampung Tok Kiah, Teluk Lipat dan Sungai Buaya turut berkebolehan untuk mengesan suhu badan penduduk.

dron PKP

Terdahulu, kawalan ketat di tiga kampung terbabit yang dihuni kira-kira 4,000 penduduk dilakukan susulan 30 individu positif Covid-19 dan lokasi terbabit dikategorikan sebagai zon oren.



Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik berkata, bantuan daripada Unit Dron Bukit Aman itu banyak membantu anggota keselamatan yang menjalankan tugas kawalan sekatan jalan raya di tiga kampung terbabit.

“Selain memantau pergerakan penduduk, dron yang mampu berada di udara selama tiga hari di udara itu dilengkapi alat pengesan suhu badan.

“Ia boleh mengesan suhu badan penduduk yang berada dalam rumah masing-masing.

“Jika ada isi rumah yang suhu badannya mencecah 37.5 darjah celsius atau lebih, dron akan menghampiri rumah itu bagi membuat pengesanan suhu badan secara terperinci,” katanya.

Menurutnya, jika suhu badan yang direkodkan alat pengesan tidak berubah, unit pengendali dron akan menghantar laporan kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang kemudian menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, berdasarkan laporan itu, anggota dan kakitangan Jabatan Kesihatan akan ke rumah penduduk terbabit untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara terperinci.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya belum lagi menerima sebarang laporan kes daripada unit kawalan dron yang kini memasuki hari ketiga pengoperasian.

“Malah Op Covid di tiga kampung berkenaan terkawal. Hanya 2.5 peratus daripada mereka gagal mematuhi PKP malah memberi alasan remeh seperti membeli makanan dan urusan bank,” katanya.

Menurut Roslee, pihaknya menambah 16 sekatan jalan raya bagi memperketatkan kawalan. Bagi tiga kampung itu, hanya satu laluan utama sahaja dibuka untuk penduduk keluar masuk.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here