Tahukah kenapa logo motosikal dan kereta keluaran Honda berbeza? Kami ada jawapannya

13937

Mungkin masih ada yang ingin tahu mengapa terdapat perbezaan antara logo motosikal keluaran Honda dan kereta keluaran Honda.

Logo kereta Honda menggunakan huruf ‘H’, tetapi untuk motosikal pula menggunakan  bersayap. Apa maksud di sebalik perbezaan ini?



Perbezaan logo ini berlaku pada semua kenderaan keluaran Honda di seluruh dunia.

Kisah perbezaan ini bermula dengan logo bersayap pada motosikal pada tahun 1948. Pada 24 September 1948, Soichiro Honda mengasaskan sebuah kilang motosikal pertamanya, iaitu Honda Motor Company.

Ketika menghasilkan kilang motosikal pertamanya, Soichiro terinspirasi dari Dewi Nike (Nenikhamen) yang memiliki sayap yang besar pada bahagian belakangnya. Dewi Nike adalah Dewi Kemenangan dan Kejayaan dalam mitologi Yunani Purba.

perbezaan logo Honda

Perkara ini menginspirasikan Soichiro Honda untuk mengimpikan produknya berjaya. Lalu kenapa kereta buatan Honda tidak menggunakan logo bersayap ini dan menggunakan logo H?

Jawapannya pada buku iaitu Car Emblems, The Ultimate Guide to Automotive Logos Worldwide karangan Giles Chapman yang diterbitkan oleh Chartwell Books.

Menurutnya, Soichiro Honda mula menghasilkan kereta pada tahun 1962 dengan menghasilkan Honda S360 dan T360.

Akan tetapi, dia mahukan perbezaan logo antara motosikal atau kereta dan tidak mahu meletakkan logo bersayap pada kereta keluarannya.

Sudah tentu reka bentuk logo kereta Honda pada asalnya tidak seperti sekarang. Malah logo asal kelihatan lebih lebar dan kelihatan seperti sebuah sayap yang sedang berkibar.

perbezaan logo Honda

Logo pertama pada kereta keluaran Honda dapat dilihat pada jentera keluaran pertamanya iaitu Honda T360. 

Sebagai produk Jepun, Honda sengaja memilih logo sederhana dalam bentuk huruf untuk kereta keluarannya. Ini kerana mahu kelihatan seperti gaya kereta keluaran Amerika syarikat, yang biasanya hanya menggunakan huruf sebagai logo.

Sama seperti logo bersayap pada motosikal Honda yang terus mengalami ubah suai, logo H pada kereta Honda juga terus berubah mengikut zaman sehingga yang dikenali kini.

Namun, sekiranya anda nampak kenderaan dengan logo H berlatar belakang merah pula. Ia adalah untuk kenderaan berprestasi daripada Honda seperti model-model Type-R termasuk Civic, Integra dan NSX.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here