Motosikal elektrik buatan Indonesia, Katalis EV.500 inspirasi pesawat pejuang perang dunia kedua

1695

Motosikal elektrik buatan Indonesia, Katalis EV.500 secara rasmi dilancarkan. Diasaskan dari basikal elektrik Selis Garuda, jentera ini mempunyai reka bentuk seperti motosikal masa hadapan, tetapi disertaka dengan sentuhan retro.

Motosikal elektrik indonesia

Pada mulanya, motosikal elektrik ini dijadualkan akan diperkenalkan di Indonesia International Motor Show (IIMS) 2020. Akan tetapi dengan keadaan dunia sekarang yang sedang dilanda pandemik Covid-19, acara tersebut sudah ditunda.



Walaupun begitu, hal ini tidak menghalang Catalyst Design Studio Company untuk memperkenalkan EV.500 “Seiring dengan pertandingan pengubahsuaian motosikal elektrik dari IIMS 2020, kami memperkenalkan sebuah jentera yang dinamakan sebagai EV.500,” kata Julkian Palapa selaku pereka utama di Katalis Company.

“Reka bentuk jentera ini juga diinspirasikan dari pesawat tempur perang dunia ke-2,” katanya.

Berdasarkan konsep, Julian menggabungkan beberapa reka bentuk dari pesawat perang era perang dunia ke-2, iaitu P-51 Mustang, dengan elemen visual khas Jepun, dan digabungkan dengan teknologi kenderaan elektrik masa depan.

Perubahan yang dilakukan oleh studio reka bentuk yang terletak di Fatmawati, Jakarta Selatan pada konsep asas EV.500, iaitu basikal elektrik Selis Garuda ini cukup besar.

Ianya adalah seperti ubah suai pada keseluruhan rangka badan  dan lengan ayun baru yang diperbuat daripada bahan aluminium 6061.

Seperti yang disebutkan sebelum ini oleh Julian, Katalis EV.500 akan dilancarkan dalam pertandingan pengubahsuaian motosikal elektrik dari IIMS 2020 dan dirancang akan dilelong sejurus selepas diperkenalkan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here