Covid-19: Kebenaran pandu kenderaan jika lesen tamat tempoh ketika PKP

2693

Dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan, orang awam dibenarkan memandu kenderaan jika lesen memandu tamat tempoh, tetapi dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa.

lesen tamat tempoh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan, kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam tempoh PKP seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong pada 24 Mac lalu.



Bagaimanapun, JPJ telah membenarkan Pos Malaysia untuk menjalankan urus niaga pembaharuan lesen memandu dan LKM bagi kenderaan persendirian.

Pembukaan urus niaga bagi kaunter JPJ dibuat secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran pandemik Covid-19.

“Bagi menyokong kelangsungan ekonomi, pembukaan urus niaga berperingkat ini adalah memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja.

“Seterusnya, secara beransur-ansur JPJ akan membuka kaunter urus niaga bagi urusan lain termasuk berkaitan dengan kenderaan persendirian,” menurut JPJ. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here