Covid-19: Kaunter JPJ dibuka bermula 29 April, 8 pagi hingga 1 petang sahaja

4966

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka kaunter bagi urusniaga yang melibatkan kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan barangan dan kenderaan pelancongan bermula pada 29 April 2020. 

kaunter JPJ

Operasi kaunter adalah pada hari bekerja dari jam 8 pagi hingga 1 petang sahaja. Walau bagaimanapun, hanya pejabat tertentu yang akan beroperasi. 



Selaras dengan ketetapan dari kerajaan, perkhidmatan kaunter yang disediakan oleh JPJ akan beroperasi hanya melibatkan urusniaga berkaitan dengan kenderaan perdagangan (kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan barangan dan kenderaan pelancongan) seperti berikut:

  1. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan perdagangan
  2. Pembaharuan lesen memandu Malaysia dan lesen vokasional (GDL dan PSV)
  3. Penyelesaian senarai hitam dan pembayaran saman berhubung dengan urusan seperti perkara 1 dan 2.

Bagi urus niaga yang melibatkan perkhidmatan JPJ yang lain, arahan pembukaan akan dikeluarkan berdasarkan perkembangan semasa isu pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Demi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan pematuhan terhadap PKP yang dilaksanakan, orang ramai yang berurusan di JPJ adalah dinasihatkan untuk mengikuti segala garis panduan pencegahan Covid-19 seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Senarai pembukaan cawangan bagi urus niaga pembaharuan (LKM) kenderaan perdagangan:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here