Covid-19: PDRM terima lebih 600,000 permohonan perjalanan antara negeri

1372

Melalui aplikasi mudah alih Gerak Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak lebih 600,000 permohonan perjalanan antara negeri.

perjalanan antara negeri

Permohonan tersebut untuk pergerakan rentas negeri yang bermula 7 hingga 10 Mei ini membabitkan mereka yang terkandas di kampung.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata sehingga jam 12 tengah malam 4 Mei, aplikasi Gerak Malaysia sudah ada 1,364,000 muat turun.
 
Melalui aplikasi ini orang ramai masih boleh log masuk Gerak Malaysia sehingga hari ini dan memberikan alamat asal serta alamat destinasi dituju.
 
Orang ramai digesa untuk membuat permohonan ini dengan kadar segera bagi membolehkan pihak polis membuat perancangan dan mengatur penugasan untuk memudahkan perjalanan pada 7 hingga 10 Mei.
 
Permohonan pergerakan rentas negeri juga boleh dibuat secara manual dengan pemohon dikehendaki untuk memuat turun kebenaran pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari laman web PDRM.
Mereka boleh mengisinya di balai polis berhampiran melalui temu janji untuk mendapatkan kebenaran dari Ketua Polis Balai terbabit.
 
Sebarang maklumat lanjut mengenai aplikasi ini dan permohonan perjalanan antara negeri, orang awam boleh melayari www.gerakmalaysia.gov.my.
 
Bagi pengguna IOS, diminta mendaftar permohonan dari 7 Mei sebelum memulakan perjalanan mengikut jadual ditetapkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here