Proton tawar kad petrol RM500 jika anda beli kereta untuk e-hailing

2265

Memandangkan kini semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada industri e-hailing atau e-panggilan bagi menjana pendapatan tambahan, permintaan untuk mendapatkan kereta yang menjimatkan minyak, selesa dan berdaya tahan turut meningkat bagi melaksanakan tugas tersebut.

Sebagai langkah untuk mempromosikan penggunaan Proton di dalam industri tersebut, syarikat kereta nasional itu telah memperkenalkan satu tawaran insentif kepada pembeli kereta.



Bagi pelanggan yang membeli Proton Persona, Iriz, Exora, Saga atau Proton X70 baharu dari pusat jualan Proton, akan ditawarkan dengan kad hadiah minyak Petronas bernilai RM500 atau, boleh memilih untuk mendapatkan potongan harga dengan nilai yang sama.

Untuk mendapatkan tawaran ini, pelanggan perlu mengemukakan salinan lesen e-panggilan PSV yang sah sebagai bukti dan mendaftarkan kenderaan tersebut di atas nama mereka sendiri.

Selain daripada kad hadiah tersebut, potongan harga tambahan turut ditawarkan bagi model terpilih, dari RM300 hingga RM1,500.

Promosi ini akan berlangsung hingga 31 Disember 2020 dan juga terbuka untuk individu yang ingin membeli kereta bagi tujuan sama iaitu e-panggilan oleh pemandu yang berbeza.

Bagi hal ini, hanya memerlukan Surat Persetujuan yang menyatakan tujuan pembelian serta nama penuh, nombor kad pengenalan dan salinan lesen epanggilan pemandu tersebut.

“Kami ingin memudahkan mana-mana individu yang ingin membeli kereta Proton bagi tujuan e-panggilan,” kata Fazli Hisham Shukor, Ketua Jualan Korporat, Proton Edar.

“Oleh itu, sekiranya pembeli kereta adalah isteri dan pemandunya adalah suaminya, kami hanya memerlukan dokumen untuk pengesahan bagi meluluskan pembelian.”

Tujuan Proton memperkenalkan tawaran ini adalah untuk memudahkan mereka yang baharu dalam industri epanggilan untuk membuat keputusan pembelian kereta serta bagi pemandu sedia ada yang ingin menggantikan kereta mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat jualan Proton Edar terdekat atau e-mel corporatesales@proton.com.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here