Pengendali e-hailing disyorkan kurangkan kos perkhidmatan penghantaran

1396

Pengendali e-hailing disyorkan oleh peniaga kecil dan pengusaha makanan supaya mengurangkan kos perkhidmatan yang ditawarkan, bagi membantu mereka menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan.

e-hailing kos perkhidmatan

Ini kerana, sepanjang bulan Ramadan, waktu beroperasi bukan sahaja terhad, malah peniaga juga terpaksa berkongsi keuntungan mereka dengan pengendali e-hailing.



Menurut sumber, peniaga kecil dan pengusaha makanan yang mahu menggunakan perkhidmatan e-hailing perlu berkongsi keuntungan sehingga 35 peratus daripada jumlah jualan harian mereka.

Walau bagaimanapun, jika tidak bekerjasama dengan pengendali e-hailing, mereka akan berdepan risiko kehilangan punca pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Kebanyakan peniaga kecil tidak mampu berurusan dengan pengendali e-hailing. Ini kerana, selain kos yang tinggi, keuntungan harian yang diperoleh juga adalah kecil.

Namun, mahu atau tidak, buat masa ini, peniaga tidak boleh bergantung kepada jualan di kedai ataupun bazar Ramadan.

Golongan ini juga berharap supaya pengendali e-hailing dapat membantu mereka terutama pada sepanjang bulan Ramadan. Mereka juga turut memohon kerajaan supaya menetapkan waktu perniagaan yang baharu untuk bulan Ramadan bagi membolehkan peniaga dan pengusaha membuat perancangan awal.

Peniaga kecil dan pengusaha makanan juga tidak mempunyai pilihan selain perlu meletakkan harga yang tinggi terhadap makanan dan barangan yang dijual.

Mereka bukan saja perlu menanggung kos bahan mentah, namun, kini terpaksa menampung kos penghantaran.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here