Covid-19: Syarikat penerbangan dibenarkan beroperasi jika diberi kebenaran oleh kerajaan

1659

Berikutan pandemik Covid-19 yang sedang menular dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan, syarikat penerbangan hanya dibenarkan beroperasi apabila mendapat kebenaran daripada kerajaan.

syarikat penerbangan covid-19

Menjawab soalan berhubung tindakan sesetengah syarikat penerbangan yang sudah mengiklankan penjualan tiket, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.



“Walaupun tiket telah dijual oleh syarikat, tetapi daripada segi operasi akan ditentukan oleh kerajaan.

“Kalau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat sekalipun, akan ada SOP tertentu bakal diperkenalkan.

“Tidak bermakna PKP tamat, perkhidmatan kapal terbang bebas beroperasi seperti hari biasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismail Sabri berkata, masih ada SOP tertentu yang akan diperkenalkan oleh kerajaan.

“Jika syarikat penerbangan sudah mula menjual tiket tetapi pada tarikh tersebut kerajaan tidak membenarkan untuk beroperasi, maka ia tidak boleh diteruskan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here