Kembali beroperasi, General Motors perkenal protokol baru cegah Covid-19

1105

Syarikat pengeluar kenderaan di Amerika Syarikat akan kembali beroperasi semula setelah ditutup kerana perintah lockdown dari kerajaan tempatan berikutan penularan pandemik Covid-19. Salah satunya ialah General Motors.

General motors covid-19

Ketua Pembuatan Global General Motors Co., Gerald Johnson mengatakan General Motors belum melihat kes penularan Covid-19 di kilang-kilang di seluruh dunia.



Mereka melaksanakan protokol keselamatan baru, yang mewajibkan pekerja mereka memakai topeng muka, menjaga jarak dan langkah-langkah pencegahan yang lain.

“Virus Covid-19 tidak tersebar ke fasiliti kami sejak kami menerapkan protokol keselamatan baru di China, Korea Selatan dan Amerika Utara,” kata Johnson.

GM kini sedang bersiap sedia untuk memulakan semula operasi pemasangan kenderaan di Amerika Utara pada minggu hadapan. Tindakan tersebut dilakukan setelah pemerintah di sana melonggarkan sekatan dan memberi izin kepada kilang untuk dibuka semula.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here