Setelah ditunda kerana Covid-19, ini kalendar baru MotoGP 2020!

1972

Setelah keadaan seluruh dunia kembali pulih setelah diserang pandemik Covid-19, kini perlumbaan MotoGP juga akan turut diadakan semula.

Menurut laman web rasmi MotoGP, kalendar baru MotoGP 2020 telah diperkenalkan secara rasmi, dimana 17 perlumbaan akan berlangsung antara Julai hingga Disember. Empat siri perlumbaan yang berlangsung di luar Eropah akan ditetentukan secara rasmi pada akhir bulan Julai.



Siri MotoGP akan bermula di Circuito de Jerez-Angel Nieto di Sepanyol, dimana MotoGP Sepanyol akan berlangsung pada 19 Julai, diikuti oleh MotoGP AndalucĂ­a yang akan berlangsung pada 26 Julai di litar yang sama.

Selepas cuti hujung minggu, peminat MotoGP akan disajikan dengan aksi MotoGP Republik Czech, yang akan berlangsung di litar Automotodrom Brno pada 9 Ogos. Setelah itu, siri MotoGP Austria dan Styria akan berlangsung di litar yang sama iaitu Red Bull Ring-Spielberg masing-masing pada 16 dan 23 Ogos.

MotoGP Covid-19

Tiga minggu kemudian, Misano World Circuit akan menjadi tuan rumah kepada siri MotoGP San Marino dan Emilia Romagna, yang akan berlangsung pada 13 dan 20 September. Siri MotoGP Catalunya akan berlangsung di litar Catalunya seminggu kemudian iaitu pada 27 September.

Pada 11 Oktober, siri MotoGP Perancis yang dijadualkan berlangsung di litar LeMans akan diadakan. Seminggu kemudian, MotoGP Aragon dan Teruel akan diadakan di litar Motorland Aragon, masing-masing pada 18 dan 25 Oktober.

Dua minggu kemudian, dua pusingan terakhir Eropah akan berlangsung di litar Ricardo Tormo, dengan MotoGP Eropah akan berlangsung pada 8 November dan MotoGP Comunitat Valenciana akan berlangsung pada 15 November.

Semua siri MotoGP yang tidak dinyatakan akan ditentukan sebelum 31 Julai. Menurut MotoGP, semua tarikh, acara dan kehadiran penonton akan bergantung kepada keadaan semasa pandemik Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here