Kenderaan terbiar antara faktor pembiakan nyamuk Aedes

2338

Kenderaan terbiar dengan air bertakung di dalamnya merupakan antara faktor pembiakan penyakit demam denggi yang disebabkan oleh nyamuk Aedes. 

Kenderaan terbiar ini biasanya banyak terdapat di sekitar pusat bandar dan taman perumahan.



Sehubungan dengan itu, para penduduk dan masyarakat mestilah memberikan kerjasama dalam menangani kes denggi yang boleh membawa kepada kematian ini.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, tanpa kerjasama dan komitnen semua pihak, usaha mengurangkan kes denggi sukar dicapai.

“Bantulah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan memastikan kenderaan yang tidak digunakan itu dilupuskan dengan cara yang betul.

“Saya berharap agar seluruh masyarakat peka dan sensitif terhadap perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kes denggi 16.9 peratus apabila mencatatkan 1,281 kes dari awal tahun ini hingga 6 Jun lalu, berbanding 1,096 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Taburan kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan tahun ini adalah sebanyak 1,072 kes di daerah Seremban, Port Dickson (50), Rembau (49), Tampin (40), Jempol (34), Kuala Pilah (19) dan 17 kes di daerah Jelebu.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata pihaknya sudah meminta MBS bertindak tegas terhadap pemilik kenderaan terpakai yang terbiar hingga menyebabkan pembiakan Aedes berlaku di situ.

Beliau berkata, Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS sedang melaksanakan tindakan pemeriksaan berdasarkan siasatan dan aduan selepas mendapati terdapat banyak kenderaan terbiar dan menjadi halangan kepada kenderaan orang awam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here