Nissan tawarkan Remarkable Car Offers ETCM (RMCO) sempena pengecualian cukai SST

2874

Berikutan pengumuman pelan rangsangan ekonomi iaitu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) oleh kerajaan baru-baru ini, cukai jualan (SST) ke atas semua kereta telah dikecualikan.

Pengecualian ini bertujuan untuk merancakkan kembali sektor automotif negara selepas pasaran automotif dunia terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Pengecualian ini juga berlaku kepada kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU).



Sempena pengecualian tersebut, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini mengumumkan harga baharu untuk kenderaan Nissan.

Berkuatkuasa pada 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020, harga baharu kenderaan Nissan yang telah dikurangkan adalah seperti berikut:

pengecualian cukai jualan Nissan
* Harga OTR di Semenanjung Malaysia tidak termasuk Insurans untuk pendaftaran peribadi.                                              * Pengecualian Cukai Jualan berkuatkuasa mulai 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020 untuk Kenderaan Penumpang       sahaja.                                                                                                                                                                       * Jaminan perbatuan selama 3 tahun/100,000km (mana-mana tiba dahulu).                                                                    * Harga dan promosi boleh berubah tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu
* Harga OTR di Semenanjung Malaysia tidak termasuk Insurans untuk pendaftaran peribadi.                  * Pengiraan ansuran bulanan adalah berdasarkan harga OTR bersih dengan bayaran pendahuluan 10% dan kadar faedah 2.5% untuk tempoh pinjaman 9 tahun.                                                                    * Jaminan perbatuan selama 3 tahun/100,000km (mana-mana tiba dahulu).                                        * Harga dan promosi boleh berubah tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Bagi mereka yang membeli Nissan Serena S-Hybrid atau X-Trail bermula dari sekarang hingga 30 Jun 2020 akan menerima pelan perlindungan FWD Protect Direct Family Takaful selama 1 tahun (sehingga 4 orang ahli keluarga) dengan jumlah diinsuranskan sebanyak RM100,000.

pengecualian cukai jualan Nissan

Penebusan mesti dibuat sebelum 31 Julai 2020. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan FWD Protect Direct, sila layari laman web: fwd.com.my/direct/protect-direct.

Sebagai tambahan, 20 orang pemenang bertuah turut berpeluang memenangi Peralatan CUCKOO Healthy Home bernilai sehingga RM128,888 dalam peraduan Beli & Menang Nissan apabila mereka membeli mana-mana model Nissan dari sekarang hingga 30 Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web: www.nissan.com.my, atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here