Senarai harga SUV Mitsubishi selepas pengecualian SST

3477

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, kini mengumumkan senarai harga baru untuk SUV mereka iaitu Mitsubishi ASX dan Mitsubishi Outlander. Harga baru ini akan berkuatkuasa serta merta sehingga 31 Disember 2020.

SUV Mitsubishi

Pengurangan harga yang dibuat adalah berdasarakan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin tentang pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk kereta.



Pengecualian cukai jualan ini juga akan berlaku sebanyak 100 peratus pada model pemasangan tempatan (CKD).

 

Semenanjung Malaysia

Malaysia Timur

Model

Harga semasa

Harga baru

Harga semasa

Harga baru

Outlander 2.4L

RM137,888

RM133,491

RM139,031

RM134,530

Outlander 2.0L

RM152,888

RM147,762

RM153,901

RM148,683

ASX 2WD

RM118,866

RM111,628

RM120,964

RM113,535

ASX 4WD

RM133,336

RM125,182

RM135,435

RM127,090

 

Senarai di atas merupakan harga SUV Mitsubishi tanpa insurans pendaftaran persendirian di semenanjung Malaysia dan Malaysia timur, dan tidak termasuk zon bebas cukai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mitsubishi-motors.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here