Harga baharu Proton kini sehingga 5.7 peratus lebih rendah, hingga 31 Disember ini sahaja

2816

Sejajar dengan pengumuman pihak kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan pembelian kereta di Malaysia untuk tempoh enam bulan mulai hari ini (15 Jun 2020), Proton telah menurunkan harga keretanya sebanyak 1.2 peratus hingga 5.7 peratus.

Harga-harga baharu ini adalah efektif sepanjang tempoh insentif sebagai langkah untuk meningkatkan ekonomi selepas berakhirnya sekatan akibat Covid-19 di Malaysia.



Berikut adalah senarai harga terkini (harga atas jalan tanpa insurans) semua model Proton dari 15 Jun hingga 31 Disember 2020:

“Proton ingin mengambil peluang ini untuk memberitahu bahawa ini adalah masa yang terbaik untuk memiliki sebuah Proton baharu kepada mereka yang sedang mencari untuk membeli kereta,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

“Dengan adanya bilangan pusat 3S/4S terbanyak di negara ini, barisan kereta yang telah ditambah baik, peningkatan demi peningkatan yang telah kami perkenalkan serta harga-harga baharu, pelanggan kini boleh menikmati pemilikan kereta dengan nilai yang menarik.

“Dengan seramai 700,000 pekerja secara langsung dan tidak langsung berada di dalam industri, ia menyumbang sekitar 4.3% kepada KDNK, sekaligus memainkan peranan utama dalam usaha pemulihan ekonomi negara,” tambah beliau.

Proton sedang mengatur beberapa strategi untuk meningkatkan jualan dan pada masa yang sama mengambil-kira sentimen pembeli sepanjang tahun 2020.

Ini termasuklah menerapkan penjarakan sosial yang ketat dan melakukan sanitasi secara kerap di pusat-pusat pameran dan servis serta turut menggalakkan penggunaan tempahan dalam talian bagi transaksi tanpa sentuhan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here