Perodua lanjut waktu operasi pusat servis terpilih hingga 9 malam

2708

Bagi memenuhi keperluan semua penggunanya, Perodua telah melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab Badan & Cat (B&P) di kawasan yang terpilih.

operasi pusat servis Perodua

Projek yang melibatkan 16 pusat servis dan tiga hab B&P di seluruh negara ini akan beroperasi setiap hari kecual hari Ahad, bermula jam 8.00 pagi – 9.00 malam (jika di Semenanjung Malaysia) dan 7.45 pagi – 8.45 malam (jika di Malaysia Timur).



“Kami sedar terdapat ramai pelanggan yang telah melepasi tempoh servis kenderaan mereka kerana operasi kami di seluruh negara ditutup selama dua bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Oleh itu, kami melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab B&P terpilih untuk memenuhi permintaan tinggi dan terus memberikan ketenangan minda kepada pelanggan kami yang dihargai,” tambahnya.

Berdasarkan statistik pada tahun lalu, Perodua menerima sebanyak 2.35 juta pengambilan servis melalui 202 pusat servisnya di seluruh negara.

Bagi mereka yang ingin servis kenderaan, mereka diminta untuk mendapatkan slot temujanji terlebih dahulu dengan pusat servis pilihan mereka. Ini kerana, walk-in masih tidak diterima buat masa ini.

Sebagai langkah keselamatan, semua pengunjung mesti menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, mendaftarkan maklumat diri mereka dan mematuhi penanda jarak sosial di dalam premis setiap masa.

Pembersih tangan akan ditempatkan di lokasi-lokasi penting, manakala pembersihan secara berkala turut dibuat ke atas premis tersebut.

Pusat servis Perodua dengan waktu operasi yang dilanjutkan

 

No

Pusat

Alamat

No telefon

1

Perodua Sentral PJ (3S)

Lot 11 & 12, Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

03-79474600 / 7958

2

PSSB Subang Jaya

Lot 678, Taman Perindustrian Subang, Jalan Perairan Subang Permai, 47620 Petaling Jaya, Selangor

03-80246888

3

PSSB Keramat

Lot 9 & 11, Lorong Enggang 31, Taman Keramat, 54200 Selangor

03-42569470 / 4253

4

PSSB Glenmarie (3S)

No 14 & 16, Jalan Juruhebah U I/50, Temasya Industrial Park, Phase 2, 40150 Shah Alam, Selangor

03-55691913 / 3984

5

PSSB Balakong (3S)

Lot 9257C, Jalan Balakong, 43300 Balakong, Selangor

03-89626488 / 6455

6

PSSB Puchong (3S)

No 4 Jalan BP 4/4, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor

03-80612112 / 6138

7

PSSB Johor Bahru 1 (3S)

No 75, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor

07-2350920/0926/0920

8

PSSB Johor Bahru 2 (3S)

Lot 64280, PTD 111435, Jalan Johor Jaya, Kawasan Perindustrian Plentong, 81750 Johor Bahru, Johor

07-3530808/5060/5006

9

PSSB Seremban (3S)

Lot 500 & 1123, Batu 2, Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

06-6331892 / 1776

10

PSSB Juru (3S)

No 1678, Jalan Perusahaan, Highway Auto City North-South, Juru, 13600 Prai, Penang

04-5011113/1114/1112

11

PSSB Penang

No 132-E, Jalan Patani, 10150 Georgetown, Penang

04-2822490/2430/2419

12

PSSB Ipoh 1

Lot 23, Tasek Industrial Estate, Jalan Kuala Kangsar, 31400 Ipoh, Perak

05-5476433 / 0433

13

PSSB Kota Bharu 1 (3S)

Lot 2309, Batu 4, Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bharu, Kelantan

09-7418201/8202/8203

14

PSSB Kuantan 2

No 23 Jalan IM 3/1, Bandar Indera Mahkota, 25350 Kuantan, Pahang

09-5721650/1654/1655

15

PSSB Kuching 1 (3S)

Lot 5023, Block 16, KLCD Jalan Sherip Masahor, 93350 Kuching, Sarawak

082-422133 / 237122

16

PSSB Kota Kinabalu 2

Mile 7, Jalan Putatan, 88300 Penampang, Sabah

088-769123 / 124

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here