Harga kenderaan Honda kini sehingga RM9,500 lebih rendah dengan pengecualian cukai

3058

Honda Malaysia hari ini mengumumkan senarai harga baharu kenderaan-kenderaan mereka berikutan pengecualian cukai seperti diperkenalkan oleh kerajaan.

Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara Jangka Masa Pendek (PENJANA), kerajaan menghapuskan 100 peratus cukai kenderaan CKD dan 50 peratus cukai kenderaan CBU.



Ini menyaksikan perubahan harga untuk semua kenderaan CKD Honda iaitu Jazz, BR-V, City, HR-V, Civic, CR-V, dan Accord, dengan penurunaan antara RM2,788.46 hingga RM8,545.63.

Untuk model CBU pula iaitu Odyssey, penurunan harga ialah sebanyak RM9,502.47. Kesemua harga baharu ini akan berkuat-kuasa dari hari ini (15 Jun) hingga 31 Disember 2020.

Berikut adalah senarai penuh:

Honda Malaysia juga memberikan tawaran istimewa kepada kenderaan mereka dengan kempen “Kita Bersama Deals”.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here