Servis Hyundai anda sebelum 31 Julai untuk terima diskaun dan pakej istimewa

1067

Setelah kereta tidak banyak bergerak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini kereta anda akan dipandu semula untuk urusan harian.

Tetapi, adalah lebih baik untuk melakukan pemeriksaan dan servis di pusat servis bertauliah untuk memastikan kereta anda dalam keadaan terbaik untuk dipandu. Untuk itu, Hyundai-Sime Darby Motors menawarkan pakej servis istimewa dengan pemeriksaan percuma untuk kenderaan anda.



Menurut Low Yuan Lung, Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors, walaupun kenderaan hanya diparkir di tempat sama selama berminggu-minggu, terdapat kemungkinan berlaku kebocoran atau sebarang masalah yang kita tidak sedari.

Dengan kempen ini, pelanggan akan mendapat diskaun sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih dan 10 peratus untuk kos upah.

Terdapat juga hadiah percuma untuk semua servis penukaran minyak enjin, atau sebarang servis dan baik-pulih lebih dari RM300.

Tidak perlu risau juga mengenai bab kesihatan dan keselamtan kerana pelanggan boleh meminta servis nyah-kuman kenderaan KLIMA Fresh yang kini boleh didapati di pusat-pusat servis Hyundai. Promosi ini sah sehingga 30 Julai 2020.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-300-13-200 atau layari www.hyundai.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here