PKPB dilanjutkan hingga 9 Jun, ziarah Hari Raya dibenarkan dengan maksimum 20 orang satu tempat

2808

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun ini bagi memastikan proses pemulihan membendung Covid-19 berjaya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia kini memasuki fasa pemulihan dalam usaha membendung pandemik itu.



Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Dengan itu, semua peraturan dan SOP PKPB kekal sehingga 9 Jun 2020, dan segala perubahan akan dimaklumkan.

Muhyiddin juga berkata bahawa beliau sedar terdapat dua perayaan utama dalam tempoh PKPB yang akan dilanjutkan ini, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai.

“Saya minta maaf dan minta ampun, tetapi perjalanan balik kampung rentas negeri masih tidak dibenarkan,” katanya.

“Mainkanlah lagu Dendang Perantau sekali-sekala, tetapi janganlah selalu sangat. Nanti saya pun sedih juga,” beliau berseloroh.

“Walaubagaimanapun, ziarah Hari Raya adalah dibenarkan dengan syarat hanya melalui rentas daerah, dan berkumpul maksimum 20 orang sahaja dalam satu tempat.

“Sembanglah dengan saudara dan tetamu, tetapi jagak jarak dan keselamatan.”

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan sejak 18 Mac, tindakan yang berjaya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengawal dan melandaikan keluk kes Covid-19 di negara ini.

Pada 4 Mei lalu, kerajaan memperkenalkan PKPB pula untuk membenarkan sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here