Sebuah kereta elektrik di China terbakar ketika sedang dicas

2359

Di China, sebuah kereta elektrik terbakar dan dijilat api ketika sedang dicas semula oleh pemiliknya.

Dari video yang dimuat naik oleh People’s Daily China di Twitter, sebuah kereta elektrik berwarna putih diparkir dan sedang dicas di Guangdong Province, China pada 8 Mei (Jumaat). 

kereta elektrik terbakar



Dengan secara tiba-tiba, kereta elektrik yang diparkir tersebut mengeluarkan asap hitam. Tidak lama selepas itu, api mula marak dan mula tersebar di kenderaan yang berada di sekelilingnya.

Sebuah lori yang diparkir bersebelahan juga turut terbakar. Sementara kereta lain yang diparkir bersebelahan lori tersebut juga turut terbakar.

Punca kebakaran kereta elektrik tersebut masih belum didedahkan. Walau bagaimanapun, sepatutnya, para pengeluar kenderaan elektrik memastikan keselamatan produk mereka dari risiko kebakaran.

Salah satu agensi penyelidikan dan pembangunan, Battelle, telah membuat tinjauan untuk dilaporkan kepada Agensi Lalu Lintas dan Keselamatan Amerika Syarikat atau NHTSA. Menurut laporan mereka, risiko kereta elektrik mengalami kebakaran lebih kecil daripada kereta biasa.

“Kecenderungan dan tahap kebakaran dan letupan dari sistem bateri lithium-ion dianggarkan sebanding atau mungkin sedikit kurang daripada kenderaan diesel atau petrol,” kata Ketua Penyelidikan Battelle, Steven Risser.

Di Amerika Syarikat, sekitar 174,000 kenderaan mengalami kebakaran pada tahun 2015. Hampir semua insiden ini melibatkan kenderaan elektrik. Ini bermakna dalam setiap 3 minit ada 1 kejadian kebakaran kereta.

Bagaimana kereta elektrik boleh terbakar? Kereta elektrik boleh terbakar apabila mengalami kemalangan atau kerosakan bateri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here