Syarikat pengeluar kereta elektrik dari China bangunkan kilang topeng muka

2385

Syarikat pengeluar kereta elektrik dari China, BYD turut menyertai proses pencegahan virus Corana secara besar-besaran. Syarikat ini telah membangunkan kilang penghasilan topeng muka terbesar dengan jutaan pengeluaran pada setiap hari.

BYD bangunkan kilang ini di kawasan industri Baolong, di selatan bandar metropolis Shenzhen, Wilayah Guangdong. Lebih daripada 600 pekerja terlibat dalam 100 barisan pengeluaran di kilang yang berkeluasan 15,000 meter-persegi itu.



Kilang ini merupakan tempat penghasilan peranti elektronik kira-kira sebulan yang lalu. BYD memerlukan sekitar setengah juta topeng muka untuk melindungi pekerja mereka.

“Kami mempunyai 250,000 pekerja, dan jika kami menyediakan dua topeng muka untuk seorang pekerja, kami memerlukan 500,000 topeng muka,” kata Li Wei, seorang pegawai dari pejabat Presiden BYD.

kilang topeng muka

“Shenzhen mempunyai populasi lebih daripada 20 juta orang, mereka memerlukan lebih daripada 40 juta topeng muka jika setiap orang memerlukan dua topeng muka,” katanya.

Dengan begitu banyak permintaan untuk topeng muka, BYD akhirnya memutuskan untuk menghasilkan topeng muka mereka sendiri dengan peralatan dan mesin yang juga direka dan dibuat oleh mereka sendiri.

Strategi

BYD dengan cepat menubuhkan pasukan penyelidik untuk menjayakan projek ini. Mereka perlu menghasilkan lebih 400 draf peralatan dalam masa 3 hari dan mengambil masa 7 hari menukar draf menjadi mesin sebenar.

kilang topeng muka

Dalam masa sebulan, BYD mampu menghasilkan sebanyak 100 barisan pengeluaran topeng muka dan setiap barisan pengeluaran akan menghasilkan 50,000 topeng muka pada setiap hari. Maksudnya, dengan 100 barisan pengeluaran, kilang akan berupaya menghasilkan 5 juta topeng muka pada setiap hari.

Selain topeng muka, BYD juga mengeluarkan 300,000 botol cecair pembasmi kuman pada setiap hari. Selain untuk kegunaan sendiri, topeng muka dan cecair pembasmi kuman ini juga didermakan kepada hospital, syarikat pengangkutan, lapangan terbang, dan pelabuhan.

Pada Ahad lalu, BYD memeterai perjanjian dengan pihak berkuasa tempatan di Shenzhen untuk membekalkan 15 juta keping topeng muka ke enam pasar raya dan farmasi. Setiap topeng dijual pada harga tida lebih 2.5 yuan (RM1.55).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here