Pengeluar kereta UK sedia bantu penghasilan ventilator untuk lawan virus Corona

1320

Sektor penghasilan tiga syarikat pembuat kereta dari United Kingdom telah mengesahkan mereka bersedia untuk membantu penghasilan ventilator perubatan yang diperlukan untuk membantu melawan virus Corona.

Setiausaha kesihatan United Kingdom, Matt Hancock, berkata bahawa firma kejuruteraan United Kingdom, termasuk pembuat kereta, akan diminta untuk membina ventilator, yang merupakan sejenis alat bantuan pernafasan untuk beberapa mangsa virus Corona.



Dalam satu kenyataan, Vauxhall berkata, “Kami telah menghubungi kerajaan United Kingdom dan bersedia untuk membantu penghasilan alat bantuan pernafasan ini di fasiliti Ellesmere Port.

Selain daripada Vauxhall, Toyota dan Honda juga akan membantu kerajaan United Kingdom untuk menghasilkan alat bantuan pernafasan ini.

ventilator
ventilator

Setiausaha Kesihatan mengatakan bahawa United Kingdom mempunyai kira-kira 5,000 unit ventilator, tetapi berdasarkan keadaan terkini, ia berkemungkinan akan diperlukan dalam jumlah yang banyak lagi.

“Kami mempunyai kejuruteraan berkualiti tinggi di negara ini, dan kami mahu sesiapa yang mempunyai keupayaan pembuatan terlibat dalam penghasilan alat bantuan pernafasan ini,” kata Matt Hancock. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here