Tajuk lagu raya yang wajib ada dalam senarai audio kenderaan anda

3734

Perjalanan balik kampung sama ada menaiki kereta, bas ekspres, kapal terbang, atau tumpang lori macam dalam iklan Raya pastinya wajib ditemani lagu-lagu Raya.

Tidak kira sama ada di radio, mp3, Bluetooth atau streaming Spotify, mendengar lagu Raya sambil dalam perjalanan balik kampung pastinya memberi lebih feel.

Imej; The Sun Daily

Tapi, lagu Raya mana yang nak didengar ni? Banyak sangat di luar sana. Baik, kami senaraikan kompilasi lagu-lagu Raya terbaik sepanjang zaman, nasyid Raya, dan lagu Raya moden.



Jom kita mulakan senarai dengan lagu balik kampung paling ikonik, iaitu Balik Kampung oleh Sudirman.

Seterusnya, ini 15 lagu-lagu Raya klasik, retro dan segar sepanjang zaman. Tak sah kalau tak tahu lagu-lagu ini:

  1. Anuar Zain dan Ellina – Suasana Hari Raya

2. Aman Shah – Kepulangan Yang Dinanti

3. Black Dog Bone – Cahaya Aidilfitri

4. Dato Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran

5. Dato Siti Nurhaliza – Nazam Lebaran

6. DJ Dave – Menjelang Hari Raya

7. Fazidah Joned – Selamat Hari Raya

8. Junaidah M Amin – Suasana Riang Di Hari Raya

9. M Nasir – Satu Hari Di Hari Raya

10. Noorkumalasari – Pulang Di Hari Raya

11. P Ramlee – Dendang Perantau

12. Rahimah Rahim – Selamat Hari Raya

13. Sudirman – Dari Jauh Ku Phon Maaf

14. Sharifah Aini – Selamat Hari Raya

15. Uji Rashid dan Hail Amir – Seloka Hari Raya

Kali ini, lagu nasyid pula. Lagu nasyid Raya pun best-best tau! Ini 3 lagu yang paling kami suka:

  1. Man Bai dan Raihan – Harapan Ramadhan

2. Raihan dan Nowseeheart – Gema Takbir

3. Raihan, Nowseeheart, Rem, dan Ajai – Lebaran Ini

Di samping lagu-lagu klasik, lagu moden dan terkini pun tidak kurang sedapnya. Ini 5 lagu yang wajib masuk dalam playlist anda:

  1. Dato Siti Nurhaliza – Hari Kemenangan

  1. In-Team, Hijjaz, Rabbani, Raihan, Far East, Lah Ahmad – Tahmid Lebaran

  1. Mark Adam, Najwa Latif dan Ceria Popstar – Ceria Raya

  1. Aiman Tino – Lara Dalam Kerinduan

  1. Sufian Suhaimi – Kasih Lebaran

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here