Bas mini Hino Poncho mulakan ujian di Johor Bahru

1688

Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd dan Handal Indah Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman untuk ujian bas mini Hino Poncho di Johor Bahru.

Sumber: Youtube

Bas berlantai rendah dengan panjang 7m itu akan memulakan ujian percubaannya di kawasan Johor Bahru di bawah operasi Handal Indah, iaitu salah satu syarikat bas terbesar di bandar itu.

Ujian akan mengambil laluan 10B iaitu melalui bandaraya JB, Pelangi, Sentosa, Pandan, Taman Daya, dan Taman Setia Indah untuk satu bulan bermula 15 Jun hingga 12 Julai 2020.

Jom Baca:   Bas dua tingkat Red Warrior jadi kedai gunting rambut, pertama dalam dunia.....

Operasi percubaan ini juga berada dalam masa yang baik kerana Iskandar Regional Development Authority (IRDA) kini dalam pembangunan projek Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT).

Dengan penekanan kepada akses jaringan pengangkutan, sambungan first and last mile connectivity, dan teknologi hijau, IMBRT berhasrat menukar landskap pengangkutan awam di negara ini.

Hino Poncho pula merupakan solusi kepada pengembangan laluan baharu yang sebelum ini tidak dapat diakses kerana faktor saiz kenderaan dan ruang jalanraya.

Selain dari senyap dan mudah dikemudi di jalan-jalan sempit, bas ini juga mesra kepada warga emas, kanak-kanak dan pengguna kerusi roda. Di Jepun, terdapat lebih 2,000 unit bas Hino Poncho ini telah digunakan.

Jom Baca:   Tayar trak dan bas Conti SupRim Technology - Kompaun jalur rim baru dengan ciri anti penuaan

Bas ini turut boleh ditinggi dan direndahkan sebanyak 50mm untuk memudahkan penumpang turun dan naik. Casisnya juga boleh dinaikkan sebanyak 30mm untuk dipandu di jalan tidak rata.

Unit Poncho ini akan dilengkapi dengan enjin 5.0-liter Euro-V, dengan sistem suntikan bahan api, dan transmisi automatic 5-kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here