Metallica guna konsep drive-in pada konsert pertama mereka tahun 2020

1923

Pada awal tahun 2020, pandemik Covid-19 merebak hampir ke seluruh dunia. Hal ini menyebabkan banyak sektor yang terjejas, termasuk industri persembahan seni yang telah dihentikan sepenuhnya pada beberapa bulan yang lepas.

Metallica

Untuk menghiburkan para peminat, kumpulan yang popular di seluruh dunia iaitu Metallica sedia untuk kembali beraksi di pentas.



Setelah tidak mengadakan konsert lebih kurang setahun, Metallica kini akan menghiburkan peminat mereka dengan menjadi salah satu kumpulan yang akan membuat persembahan pada konsert Encore Drive-In Nights.

Kumpulan ini akan merakam pertunjukan khas ini di lokasi rahsia, berhampiran ibu pejabat mereka di California utara. Rakaman ini kemudiannya akan ditayangkan pada 29 Ogos pada konsert drive-in di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada. 

Tiket pra-jualan untuk persembahan secara drive-in ini akan sedia secara eksklusif di kelab peminat Metallica’s Fifth Member dan boleh didapati di ticketmaster.com mulai 12 Ogos.

Setiap pembelian tiket, yang membolehkan enam individu dalam satu kenderaan akan disediakan dengan empat muat turun digital album Metallica ‘S & M2’.

Album ini mendokumentasikan dua konsert bersejarah yang menyatukan semula kumpulan ini dan San Francisco Symphony untuk pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun.

Berdasarkan Instagram Story mereka pada minggu lepas, Metallica memberikan gambaran kepada peminat mereka mengenai kepulangan mereka ke studio latihan.

Dalam video pendek tersebut, mereka memulakan latihan untuk lagu ‘Creeping Death’ yang diperkenalkan pada tahun 1984 dalam album ‘Ride The Lightning’.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here