Bukan biasa-biasa! Selain pelumba MotoGP, Miguel Oliveira juga seorang doktor gigi

2737

Mungkin ramai yang tidak tahu, pelumba MotoGP, Miguel Oliveira juga merupakan doktor gigi. Ketika dia berlumba di kelas Moto2 pada 2017, dia juga berada di tahun kedua pengajian pergigian.

Miguel Oliveira

Malah pelumba pasukan Red Bull KTM Tech3 ini juga sempat memeriksa gigi rakan sepasukannya ketika berada di Red Bull KTM Ajo di kelas Moto2, Brad Binder.



Video pemeriksaan Binder oleh Miguel Oliveira ini juga dimuat naik menerusi saluran Youtube Ajo Motorsport.

“Itu bagus,” kata Binder ketika ditanya bagaimana rasanya diperiksa oleh rakannya sendiri.

Di samping itu, setelah memeriksa Binder, Oliveira juga bercerita tentang pendidikannya dan menyatakan minatnya pada dunia perubatan.

Menjalani pendidikan perubatan dan juga menjadi seorang pelumba sudah tentu bukan suatu perkara yang mudah.

“Sukar untuk melakukan kedua-duanya, tetapi keutamaan saya sekarang adalah berlumba.

“Tetapi saya juga ingin tamat pengajian saya,” katanya dalam video yang dimuat naik pada tahun 2017.

Dia juga merasakan bahawa dirinya tidak berbeza dengan pelumba lain, walaupun dia mengalami dua situasi yang berbeza. Sebenarnya, ramai pelumba tidak berpeluang untuk menamatkan pendidikan.

“Contohnya seperti Binder, dia harus meninggalkan alam persekolahan untuk mengejar impiannya. Oleh itu, tidak mudah untuk menamatkan zaman persekolahan,” kata Oliveira.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here