Penjaring terbanyak UCL musim 2019/20, ini koleksi kereta mewah milik Robert Lewandowski

2011

Robert Lewandowski adalah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai penyerang untuk pasukan kebangsaan Poland dan Bayern Munich.

Dia telah membantu pasukan Bayern Munich untuk memenangi UEFA Champions League musim 2019/20 dengan muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 15 gol.



Namun, di luar dunia bola sepak, Robert Lewandowski sangat meminati sukan permotoran.

Pada tahun 2016, bintang Bayern Munich ini ada menyatakan dia ingin menjadi bintang sukan permotoran selepas bersara dari sukan bola sepak.

Sebagai seorang peminat sukan permotoran, tidak pelik jika Robert Lewandowski memiliki kereta yang berkelajuan tinggi.

Dengan gaji USD1.5 juta (RM6.2 juta) sebulan, Lewandowski sudah tentu mampu membeli apa sahaja kereta yang dia mahu. Jom kita lihat koleksi kereta milik Robert Lewandowski. 

Ferrari F12 Berlinetta

Robert Lewandowski

Lewandowski adalah pemilik Ferrari F12 Berlinetta yang bernilai USD327,000 (RM1.3 juta).

Kereta ini dikuasakan oleh enjin V12 6.3-liter yang mampu menghasilkan sehingga 730hp. Ia juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.1 saat.

Porsche 911 Speedster

Robert Lewandowski

Lewandowski juga merupakan pemilik Porsche 911 Speedster edisi terhad yang hanya dihasilkan dalam 1,948 unit.

Kereta ini dikuasakan oleh enjin 4.0-liter naturally aspirated yang mampu menghasilkan sehingga 510hp. Ia juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 310km/j.

Bentley Continental GT convertible

Robert Lewandowski

Bentley Continental GT convertible sentiasa menjadi kegemaran pemain bola sepak dan Robert Lewandowski juga memiliki kereta ini bukan satu, tetapi dua buah.

Kereta ini berharga pada USD225,000 (RM937,237), dan dilengkapi dengan enjin W12 6.0-liter twin turbocharged yang mampu menghasilkan sehingga 552hp.

Mercedes-AMG CL 63

Robert Lewandowski

Mercedes-AMG CL 63 adalah versi prestasi generasi terakhir untuk Grand Tourer Mercedes-Benz CL-Class.

Dikuasakan oleh enjin V-8 yang mampu menghasilkan sehingga 536hp, kereta ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.4 saat.  

Maserati GranTurismo Sport

Robert Lewandowski

Lewandowski juga memiliki kereta sport keluaran syarikat pengeluar dari Itali iaitu Maserati GranTurismo Sport. Harga asas kereta ini ialah USD132,975 (RM553,907).

Dikuasakan oleh enjin petrol V8 4.7-liter yang mampu menghasilkan sehingga 460hp, kereta ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 298km/j.

Audi RS6

Robert Lewandowski

Audi RS6 adalah kereta syarikat Lewandowski. Harga asas RS6 ialah USD108,000 (RM449,874).

Kereta ini dikuasakan oleh enjin 4-liter 4.0 TFSI yang mampu menghasilkan 587hp. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here