PMX: “Lepas BEM 1 sekarang naik Proton OKje…”

1346

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan dalam Majlis Ilmu Perdana bersama ahli akademik dan warga institusi pengajian tinggi.

Pada ucapan berkenaan beliau turut berjenaka menceritakan tentang kereta pinjam BMW 7-series (BEM 1) yang digunakan ketika kempen pilihan raya umum lalu.



Ketika berucap tentang isu kereta Anwar Ibrahim menyatakan tiada siapa akan merungut sekiranya Perdana Menteri menggunakan Mercedes-Benz.

“Kemudian isu kereta, tiada masalah tiada sapa nak komplen kalau Perdana Menteri pakai kereta Mercedes, tiada isu, saya fikir saya nak bagi signal, kebetulan sempat kita batalkan, kita batalkan.

“Maka tersangkutlah saya dengan Proton, tetapi Proton yang panjang . Masalahnya saya ni, gurau sikit. Dulu masa dekat pilihan raya, ingat saya pinjam BMW 7 Series, yang BEM 1 kereta Datuk Sam, Shah Alam.

@pali.ss_

#anwaribrahim #perdanamenterike10 #kerajaanperpaduan #pakatanharapan #barisannasional #fyp #fypシ #foryou

♬ Epic Music(863502) – Draganov89

“Jadi dia kata sekarang kalau pergi Kuala Lumpurpun semua orang angkat tangan,” katanya ketawa. 

Bahkan, Anwar Ibrahim berkongsi BMW berkenaan menjadi perhatian pengguna lain apabila berada di jalan raya. 

Perdana

“Dia kata tak boleh pergi mana mana dah, dapat orang perhati tengok BEM 1, hon hon hon.

“Yang mana saya pula daripada BEM 1 pinjam kereta-kereta yang mewah tu, sekarang ke Proton.

“Okayje lah apa nak buat..baik jadi mengapa saya tolak saya nak bagi signal kalau tak kita nak suruh ni polis dengan gaji 10 kali lebih rendah daripada saya nak suruh hormat saya dan kasih saya. Padahal dia kita sama saja,” ucapnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here