Sedih lihat Proton Wira modifikasi RM40k tenggelam banjir

1112

Pemilik Proton Wira yang sudah berhabis RM40,000 hanya mampu melihat keretanya ditenggelami banjir di Kampung Alur Keladi, Besut, Isnin lalu.

Tuan Mohd Fazzell Tuan Ahmad Sabri, 28 berkata banjir kali ini paling teruk dialami biarpun saban tahun kawasannya dilanda bencana sama ketika musim tengkujuh.

@ajeybesut8

ujian tanda allah sayg kita,tmpa ujian siapalah kita untk mengenal sesuatu bnda y berlaku terhdp kita#sibiru💙 #redho #fypシ゚ #akupasrah

♬ original sound – AhmadFirdausDin – Ahmad Firdaus bin Din



Proton Wira yang diubahsuai sejak lima tahun itu menggunakan wang simpanan gaji bulanannya bahkan jentera itu sering menyertai program kereta dan pernah menerima 123 trofi kemenangan pameran kereta.

Antara modifikasi yang dilakukan pada sedan itu adalah bukaan pintu gunting, sistem audio dan penambahan aksesori luar dan dalam kereta.

“Sekarang kereta saya sudah rosak termasuk enjin dan bahagian dalamnya selain tidak dapat dihidupkan selepas banjir mula surut pada Rabu. 

@ajeybesut8

berserah,xmampu untk ku melawan takdirmu#bencanaalam #kecundang#fypシ゚ #banjir2022

♬ Yasir Lana – arief akdw

“Untuk kereta biarlah dahulu, ada rezeki lebih nanti saya akan baiki kerana untuk baiki dan jadi seperti sebelum ini memerlukan kos yang sangat tinggi,” katanya.

Tuan Mohd Fazzell menjelaskan banjir bermula pada pagi Isnin dan ketika itu hanya pada paras tayar kereta namun pada jam 8 malam air mula meningkat lalu masuk ke dalam kereta. 

“Saya kemudiannya pindahkan kereta ke lokasi lebih tinggi sebelum saya bersama ibu bapa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selama dua hari.

“Paras air setinggi tiga meter di luar rumah, manakala dalam rumah kira-kira semeter dan ini adalah banjir paling serius kerana sebelum ini di bahagian luar rumah hanya setakat paras lutut saja dan air juga tidak naik di tempat kami letak kereta,” katanya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here