“Orang kaki tekan dan selalu long distance memang sesuai,” pemilik kongsi selepas 3 bulan guna Kia Carnival

2698

Julai lalu, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan Kia di Malaysia  memperkenalkan Grand Utility Vehicle (GUV) Kia Carnival 2022 pemasangan tempatan (CKD).

Selain 11 tempat duduk, Kia Carnival didatangkan dengan pilihan tambahan tujuh dan lapan kerusi yang masing-masing dengan tiga varian membabitkan 2.2D 8-seater Mid, 8-seater High dan 7-Seater High.
 
Selepas beberapa bulan di pasaran, seorang pemilik Kia Carnival 7-kerusi berkongsi pengalaman pemilikan GUV berkenaan selepas tiga bulan.
 
Menggunakan akaun Facebook Eishmael Sufian, dia berkongsi kelebihan dan kekurangan memilih kenderaan keluarga jenama Korea Selatan itu.
 
Jelasnya setakat ini dia sangat berpuas hati dengan GUV tersebut yang mana begitu sesuai sebagai sebuah kenderaan keluarga. Bahkan pemanduan juga lebih meyakinkan dan memberi keselesaan maksimum kepada penumpang.
 
“Walaupun besar dan lebar, tetapi enjin memang cukup powerful, memang sangat responsive. Orang yang kaki tekan memang sesuai dan untuk yang selalu long distance pun sangat-sangat sesuai,” tulisnya. 
 
Berikut antara kelebihan dan kepuasan yang dialami Eishmael:
 
  • Tangki penuh (65 liter) bagi pemanduan bandar mampu menawarkan jarak pemanduan purata 850km.
  • Pemanduan jarak jauh pula mampu pergi sejauh 1200km dengan kelajuan 130kmj. 
  • Memotong dan meningkatkan kelajuan juga tiada masalah dengan pikap yang lancar walaupun ketika 150kmj. Memang sangat responsif, tork 440Nm. Power giler.
  • Ruang kargo luas walaupun keseluruhan kerusi digunakan. Bahkan kerusi belakang juga sangat selesa.
  • Tiada masalah menggunakan kerusi kanak-kanak tambahan di barisan tempat duduk kedua dan boleh dilaraskan ke depan dan belakang. Memang sangat luas.
  • Ciri keselamatan bantuan kekal lorong dan kawalan kruise adaptif yang automatik memperlahankan serta mengekalkan tetapan kelajuan sangat membantu elak kecelakaan akibat mikro sleep atau ketika pemanduan di lebuhraya.
  • Pengendalian sangat sedap.
  • Radius pusingan juga tidak besar seperti yang disangka, yang mana pusingan U seperti bawa kereta kecil. Lebih kurang dua setengah lorong diperlukan pusingan U sangat kecil daripada Toyota Yaris.
  • Enjin diesel 2.2 liter turbo hanya perlu bayar cukai jalan RM560 setahun.
  • Walau harga kereta sedikit mahal namun penggunaan bahan api yang menjimatkan dan waranti 5-tahun dan servis percuma selama 5-tahun, tiada rasa rugi bayar lebih bagi bulanan kereta.
Kekurangan Kia Carnival:
  • Terlalu banyak elektronik, perlu peka penggunaan bateri. 
  • Sangat lebar berbanding kereta biasa, perlu berhati-hati masuk dan keluar parkir berpalang misalnya Ikea Cheras. Tetapi dengan adanya kamera 360 sangat membantu.
  • Susah ingin pandu perlahan di lebuhraya kerana tidak ‘perasan’ dah laju.
  • Perlu alert kepada ciri keselamatan sebanya pertama kali bawa agak kekok jadi perlu berhati-hati.
Kia Carnival 7-kerusi ini dicadangkan buat mereka yang inginkan keselesaan buat penumpang misalnya keluarga kecil.
 
“Macam aku keluarga cuma empat orang, namun masih selesa walaupun penuh, kerusi barisan kedua boleh dilipat seperti kerusi malas.
 
“Seat tak boleh cabut macam model 8-seater. Aku suka model ni sebab senang nak pergi bercuri dan long distance.  
 
“Aku suka tengok anak-anak selesa duduk belakang walau guna carseat. Dan aku pilih kete ni walau anak cuma dua ebab aku memang jenis bertukang dan kadang-kadang meniaga. Jenis slalu bawak banyak barang. So, this variant really suit me well,” katanya.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here