Kia Carnival 2021 kini tiba di Australia, harga bermula RM156k

1699

Kia kini memperkenalkan Carnival 2021 di Australia, lima bulan setelah pelancaran secara rasmi model tersebut di Korea.

Kia Carnival 2021

Menggunakan platform yang sama seperti model Sorento, Carnival 2021 kini 40mm lebih panjang daripada model terdahulu, dan mempunyai tambahan jarak roda 30mm untuk memberikan bahagian dalaman yang lebih luas.



Carnival 2021 hadir dengan empat barisan tempat duduk, yang mampu menawarkan ruang kepada tujuh, lapan hingga 11 penumpang. Dalam konfigurasi tujuh tempat duduk, Kia Carnival mampu menawarkan ruang kargo sehingga 2,905 liter.

Kia Carnival 2021

Beberapa kemudahan turut disediakan, termasuk skrin paparan infotainmen dan kluster digital bersaiz 12.3 inci, integrasi telefon pintar, ramalan cuaca dan maklumat lalu lintas.

Kia Carnival 2021 di Australia ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu enjin GDI V6 3.5-liter yang mampu menghasilkan 290hp dan 355Nm tork, dan enjin diesel CRDI 2.2-liter yang mampu menghasilkan 198hp dan 440Nm tork.

Kia Carnival 2021

Kedua-dua enjin ini digabungkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan dan ditawarkan dengan sistem pacuan roda hadapan (FWD).

Carnival 2021 juga disediakan dalam empat varian iaitu S, Si, SLi dan Platinum. Senarai harga mengikut varian dan jenis enjin pula adalah seperti berikut:

Varian Petrol Diesel
S AU$50,390 (RM156,807) AU$52,390 (RM163,031)
Si AU$55,790 (RM173,611) AU$57,790 (RM179,835)
SLi AU$60,290 (RM187,615) AU$62,290 (RM193,838)
Platinum AU$67,990 (RM211,576) AU$69,990 (RM217,800)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here