Kia Carnival kini pasang di Malaysia (CKD) – Tawar varian pilihan 7 dan 8 tempat duduk, harga bermula RM231K

1859

Selepas memperkenalkan model import sebelum ini, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan Kia di Malaysia memperkenalkan  Grand Utility Vehicle (GUV) Kia Carnival 2022 pemasangan tempatan (CKD).

Selain 11 tempat duduk, Kia Carnival ini ditawarkan tujuh dan lapan tempat duduk yang masing-masing dengan tiga varian membabitkan 2.2D 8-seater Mid, 8-seater High dan 7-Seater High.

Kia Carnival 2022 CKD adalah model pertama yang dipasang di  Kilang Inokom Assembly, Kulim, Kedah selepas jenama Kia dikendalikan oleh entiti baharu.



Harga adalah seperti berikut:

  • Kia Carnival 2.2D 8-Seater: RM231,228.80
  • Kia Carnival 2.2D 8-Seater High: RM247,228.80
  • Kia Carnival 2.2D 7-Seater High: RM261,228.80

Kia Carnival versi CKD masih menggunakan enjin diesel turbo 2.2 liter yang mampu menyalurkan 199hp dengan tork 440Nm, enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan fungsi penukar elektronik (E-Shift).

Jentera yang perlu menggunakan diesel Euro 5 itu mencatatkan tahap penggunaan bahan api iaitu 6.5 liter/100km.

Varian CKD banyak ciri tambahan

Kia Carnival versi CKD menerima beberapa penambahbaikan dari segi spesifikasi, selain pelbagai ciri lebih moden.

Antara ciri standard yang dipasang pada Kia Carnival CKD termasuklah lampu kombinasi lampu LED pada but belakang dan sistem audio BOSE dengan 12 unit pembesar suara.

Ciri-ciri lain seperti model CBU masih lagi kelihatan membabitkan penggunaan rim aloi bersaiz 18 inci dan lampu utama LED berkembar, lampu nyalaan siang LED.

Ruang dalaman, ia menggunakan skrin infotaimen bersaiz 12.3 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sokongan pengecasan tanpa wayar dan tujuh slot USB.

Bagi dua varian tertinggi membabitkan 2.2D 8-seater High dan 7-Seater High, kedua-duanya menerima ciri tambahan ciri seperti fungsi memori pada tempat duduk pemandu, kerusi dengan ciri ventilasi dan pemanas, skrin kluster digital 12.3 inci, sistem pencahayaan dalaman LED, sistem kamera keliling, serta bumbung suria berkembar.

Bagi varian tujuh tempat duduk pula tempat duduk belakang menggunakan kerusi Premium Relaxation yang dipisahkan dengan ruang tengah bagi menawarkan keselesaan kepada penumpang baris kedua.

Kedua-dua varian tertinggi itu dilengkapi ciri tambahan keselamatan terkini: 

  • Bantuan Suluhan Tinggi (HBA)
  • Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA)
  • Sistem Pemantauan Titik Buta (BVM)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA)
  • Bantuan Pengekalan Lorong (LKA)
  • Amaran Tumpuan Pemandu (DAW)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA)
  • Bantuan Mengikut Lorong (LFA)
  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC)

Bagi pilihan warna pula, Kia Carnival CKD ditawarkan dengan biru (Astra Blue), perak (Sonic Silver), hitam (Jet Black), putih mutiara (Snowflake White Pearl) dan kelabu (Meteor Gray).

Setiap model Kia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun dengan had perbatuan 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Ia juga hadir dengan pakej penyelenggaraan berkala percuma selama lima tahun dan had perbatuan 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here