Pesawat tertunda 8 jam, Anthony Loke hubungi Malindo Air minta tanggungjawab

622

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan penumpang sebuah syarikat penerbangan berang apabila jadual pesawat mereka ditunda kira-kira lapan jam tanpa dimaklumkan awal.

Susulan kejadian itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang meminta beliau mengambil tindakan terhadap pihak pengurusan yang tidak menyediakan keperluan pelanggan selepas kejadian itu.

Menerusi ciapan itu, beliau memaklumkan sudah menghubungi pihak syarikat berkenaan bagi tindakan lanjutan.



Difahamkan jadual penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching berkenaan adalah pada jam 11.30 malam namun pihak Malindo Air memaklumkan penumpang  waktu penerbangan ditunda ke jam 2.30 pagi.

Berdasarkan perkongsian video di TikTok, seorang penumpang memaklumkan tiada kakitangan pengurusan menemui pelanggan memaklumkan situasi sebenar sehingga mereka terpaksa menemui sendiri pengurus yang bertugas pada hari kejadian.

@tukangfikir

Replying to @Masrianti.yan swmoga menjawab soalan. #tukangfikir

♬ original sound – TF – Business Strategist – TF – Business Strategist

@opmchimmy

Flight delayed 8 hours , supposedly to catch on flight at 2335 hrs @22/12/2022 , but delayed until 0740hrs @ 23/12/2022 without any announcement given to all the passengers:( #malindoair #batikair

♬ original sound – Chimmy – Chimmy

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here